Hak dan tanggungjawab pengguna WP:COPY

Jika anda ingin menggunakan bahan Wikipedia dalam buku/rencana/laman web atau sebarang penerbitan, anda boleh melakukannya, tetapi anda perlu mematuhi GFDL, seperti berikut:

  • bahan anda perlu dilesenkan di bawah GFDL,
  • anda perlu mengakui hak penulisan rencana (seksyen 4B), dan
  • anda mesti membenarkan laluan kepada bahan "salinan jelas" (transparent copy) (seksyen 4J). (Salinan jelas rencana Wikipedia adalah seperti teks wiki dan laman web HTMl)

Anda boleh memenuhi sebahagian syarat kedua dan ketiga dengan menyediakan pautan terus ke rencana Wikipedia berkenaan di sini. Anda juga perlu menyediakan salinan jelas teks baru. Anda digalakkan memberikan maklumat penulis rencana itu sendiri.

Contoh pemberitahuan

Di bawah ialah satu contoh pemberitahuan untuk sebuah rencana yang menggunakan rencana Wikipedia Cahaya:

Rencana ini dilesenkan di bawah <a href="http://www.gnu.org/copyleft/fdl.html">Lesen Dokumentasi Bebas GNU</a>. Ia menggunakan bahan daripada <a href="http://ms.wikipedia.org/wiki/Cahaya">rencana Wikipedia "Cahaya"</a>.

("Cahaya" dan URL Wikipedia haruslah digantikan dengan yang sepatutnya.)

Sebagai pilihan, anda boleh menyebarkan salinan rencana Cahaya anda beserta salinan GFDL (seperti dijelaskan dalam teks) dan menyenaraikan sekurang-kurangnya lima (atau semua jika kurang daripada lima) penulis utama pada laman depan dokumen tersebut (atau di atas rencana).

Bahan kegunaan adil dan keperluan khusus

Semua teks asli Wikipedia dilesenkan di bawah GFDL. Kadangkala, rencana Wikipedia mungkin memasukkan gambar, bunyi atau petikan teks di bawah kegunaan adil (fair use) undang-undang hak cipta AS. Perbuatan ini diterima jika tiada gambar/bunyi berlesan bebas dapat dijumpai (sehinggalah ia dijumpai).

Di Wikipedia, penggunaan bahan "kegunaan adil" harus dikenal pasti sebagai berpunca daripada tempat lain (di laman penerangan imej atau laman sejarah). Hal ini boleh menghadkan penggunaan bahan-bahan tersebut di luar Wikipedia. Kandungan "kegunaan adil" ini tidak termasuk dalam lesen GFDL, tetapi bergantung kepada undang-undang di mana media tersebut diminta (digunakan).

Wikipedia menggunakan sesetengah teks di bawah lesen yang sesuai dengan GFDL tetapi mungkin memerlukan syarat tambahan yang tidak diperlukan untuk teks asli Wikipedia (seperti Bahagian Tak Berubah (Invariant Sections), tanpa Teks Halaman Hadapan (Front-Cover Texts), dan tanpa Teks Halaman Belakang (Back-Cover Texts)). Apabila bahan ini digunakan, anda harus memasukkan seksyen tak berubah tersebut kata demi kata (verbatim).